SK Ampang Tinggi

">
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK AMPANG TINGGI 2015



Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

TEMA SAMBUTAN :
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Kelas Agama Petang (KAP) SKAT

Rasional : Menanamkan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T serta memupuk kecintaan dan kasih sayang terhadap Rasulullah S.A.W.

Thursday, February 4, 2010

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


A. Maklumat Pertandingan :

1. Anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. Pertandingan ini dibuka dari 29 Disember 2009 hingga 19 Februari 2010.
2. Penyertaan adalah hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja
3. Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu:

”Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia”

Surat anda perlu dimulakan dengan:
“Ke hadapan YAB Perdana Menteri, …………..”
dan surat tersebut perlu berakhir dengan tandatangan anda.
Surat yang ditulis mestilah mengandungi 300-500 patah perkataan.

B. Kelayakan Bertanding :
1. Pertandingan menulis surat ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah (Kategori A) dan menengah (Kategori B) di seluruh Malaysia.
2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia

C. Terma dan syarat pertandingan:

1. Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap peserta
2. Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 19 Februari 2010 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan dibawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup akan dibatalkan serta merta.
3. Surat yang ditulis juga mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan A(3)
4. Sila sertakan borang penyertaan yang telah lengkap diisi dengan nama, alamat rumah, nombor telefon, nama, alamat, nombor telefon dan nama guru penyelaras/ Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (sekiranya ada) di peringkat sekolah. Penyertaan juga perlu disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
5. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
6. Surat yang dihantar mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
7. Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca, dan tidak dibenarkan untuk ditaip sama sekali.
8. Surat mestilah ditulis sekurang-kurangnya dalam 300 patah perkataan dan tidak melebihi 500 patah perkataan.

D. Kriteria Penghakiman :
Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut :
1. Penggunaan gaya bahasa :
a. Struktur surat = 20 markah
b. Tatabahasa = 20 markah
c. Perbendaharaan kata = 20 markah

2. Kandungan
a. Kejituan fakta dan penghuraian = 40 markah

Keseluruhan = 100 markah
Segala keputusan pengadil adalah muktamad mengikut kriteria pertandingan.

E. Hak Milik Penganjur
Penganjur berhak mempamerkan hasil penyertaan, menerbitkan dan menjilidkan hasil penyertaan kepada umum.

Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos. Sila alamatkan penyertaan ke :
Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri
Peti Surat 1000,
50796 Kuala Lumpur 4


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 34 Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur

Tel : 03-2267 2000 / 03-8688 8409
Faks : 03-2274 5951
Email : mariati@pos.com.my atau azira@pos.com.my

Download Borang Penyertaan di sini.

Wednesday, December 9, 2009

Hari Mini Sukaneka SKAT

Program Hari Mini Sukaneka SK Ampang Tinggi telah dijalankan,  bertempat di Padang Sekolah SKAT. Program ini dirancang bermula pada pukul 2.30 petang namun kerana hujan turun dengan lebat, aturcara terpaksa dilewatkan sedikit setelah hujan reda.

Pelbagai acara telah dipertandingkan terutama untuk para pelajar SKAT dan juga untuk guru, staf serta para jemputan. Antara acara yang dipertandingkan ialah: -

Wednesday, October 28, 2009

LAPORAN PROGRAM SELEPAS UPSR 2009 (PERTANDINGAN F1 MURID TAHUN 6)


Program Selepas UPSR - Pertandingan F1 Murid Tahun 6 telah diadakan pada 2 Oktober 2009, Jumaat bertempat di Dewan Sekolah, SK Ampang Tinggi. Seramai 66 orang murid tahun 6 sesi 2009 telah terlibat dalam menjayakan program ini.

LAPORAN PROGRAM SELEPAS UPSR 2009 (PERTANDINGAN MEREKABENTUK MODEL GUNUNG BERAPI)


Program Selepas UPSR - Pertandingan Merekabentuk Model Gunung Berapi telah diadakan pada 9hb (Jumaat), 12hb (Isnin), dan 13hb (Selasa) Oktober 2009, bertempat di Dewan Sekolah, SK Ampang Tinggi. Seramai 66 orang murid tahun 6 sesi 2009 telah mengambil bahagian untuk menjayakan program ini.

CERAMAH KEMAHIRAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009


Program ini telah diadakan di Dewan, SK Ampang Tinggi pada 12 Ogos 2009 (Rabu), 3.00 hingga 5.00 petang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAT. Semua murid Tahuin 6 telah terlibat dalam program ini. Penceramah En. Mohamad Azmir b. Abu Hassan, Guru Bimbingan dari SK Kuala Pilah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut.

CERAMAH KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI MELALUI PEMANTAPAN DISIPLIN 2009


Program ini telah diadakan di Dewan SK Ampang Tinggi pada 17 Jun2009 (Rabu), 3.00 hingga 5.00 petang. Program ini melibatkan semua murid tahap dua iaitu murid tahun 4, 5, dan 6. Ceramah 'Salah Laku Disiplin disampaikan oleh En. Mohamad Azmir b. Abu Hassan, Guru Bimbingan SK Kuala Pilah dan program ini telah ditaja oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri.

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH


Program ini telah diadakan pada 20 Mei 2009 (Rabu), 7.45- 1. 05 tengah hari di SK Ampang Tinggi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Daerah Kuala Pilah. Semua pelajar SK Ampang Tinggi seramai 389 orang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

PROGRAM MOTIVASI & KEMAHIRAN TEKNIK MENGINGAT MAXRECALL 2009


Program ini telah dijalankan pada 29 April 2009 (Rabu), 8.00 hingga 2.00 petang di Dewan, SKAT. Semua pelajar Tahun 6 dan murid-murid dari 12 buah sekolah sekitar daerah Kuala Pilah telah terlibat di dalam program ini. Dua penceramah telah telah dijemput bagi menjayakan program ini iaitu En. Nor Kamar (Kaunselor SMK Juasseh) dan Pn. Norhayati (Kaunselor SMK Juasseh).

PROGRAM AWAL REMAJA




Program ini telah diadakan pada 25 Mac 2009 (Rabu), 9.00-10.30 pagi di Bilik Seni bagi pelajar lelaki dan Bilik Muzik bagi pelajar perempuan. Semua pelajar tahun 5 dan 6 seramai 125 orang telah terlibat dalam program ini. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn. Norlia bt. Ahmad & Cik Anieyarni bt. Othman dari LPPKN sementara murid diselia oleh Puan Aznizah dan Puan Asfa.


Program ini diadakan bertujuan supaya pelajar :-
1) Dapat memahami apa itu awal remaja
2) Menyediakan pengetahuan yang perlu bagi seorang remaja.
3) Mendidik pelajar agar lebih memahami dan menyayangi diri.

PROGRAM KEPIMPINAN 2009




Program ini telah dijalankan pada 16 Januari 2009 (Jumaat), 2.30 petang hingga 5.00 petang di Bilik Seni SK Ampang Tinggi. Antara aturcara program pada hari itu ialah Ceramah Kepimpinan, Bengkel Pengawas, Bengkel Pengawas Pusat Sumber (Guru Pusat Sumber) - Perpustakaan.


SENAM ROBIK




Senaman baik untuk kesihatan.