SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, October 28, 2009

CERAMAH KEMAHIRAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009


Program ini telah diadakan di Dewan, SK Ampang Tinggi pada 12 Ogos 2009 (Rabu), 3.00 hingga 5.00 petang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAT. Semua murid Tahuin 6 telah terlibat dalam program ini. Penceramah En. Mohamad Azmir b. Abu Hassan, Guru Bimbingan dari SK Kuala Pilah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut.


Program ini bertujuan supaya murid:-
1. Membimbing pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR kepada kemahiran sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan
2. Memberikan tip-tip yang boleh diamalkan atau dijadikan panduan sebelum semasa dan selepas peperiksaan.
3. Menyediakan pelajar dari aspek mental, fizikal dan emosi agar pelajar berasa yakin dan bersemangat untuk mengambil peperiksaan.

Pn. Kalshom menyampaikan sumbangan dari pihak sekolah tanda terima kasih.

En. Azmir menyampaikan ceramah dan pelajar tekun mendengar.

No comments:

Post a Comment