SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, December 9, 2009

Hari Mini Sukaneka SKAT

Program Hari Mini Sukaneka SK Ampang Tinggi telah dijalankan,  bertempat di Padang Sekolah SKAT. Program ini dirancang bermula pada pukul 2.30 petang namun kerana hujan turun dengan lebat, aturcara terpaksa dilewatkan sedikit setelah hujan reda.

Pelbagai acara telah dipertandingkan terutama untuk para pelajar SKAT dan juga untuk guru, staf serta para jemputan. Antara acara yang dipertandingkan ialah: -


ACARA / JENIS ACARA                                                               
Bawa aiskrim gergasi  - PRA Sekolah
Tarik bola dengan gelung rotan - PRA Sekolah
Bawa bola pingpong dengan sudu - Tahun 1
Bawa gelang getah dengan straw - Tahun 1
Lari bawa dua bola besar - Tahun 2
Lempar pundi kacang dalam bakul - Tahun 2
Isi air dalam botol guna span - Tahun 3
Tiup dan letup belon - Tahun 3
Gelecek bola hoki melalui skital - Tahun 4
Kutip dan susun tin bentuk piramid - Tahun 4
Lari bawa empat barang (gelung rotan, skitan, bola dan baton) - Tahun 5
Melontar gelung rotan kepada skital - Tahun 5
Skipping dan golek bola dengan tangan - Tahun 6
Baling belon berisi air dan sambut - Tahun 6
Menjaring gol bola jaring  - PEGAWAI
Leret bola ke arah tin susu - RIMUP
Lari ikat kaki berpasangan RIMUP


Program Hari mini Sukaneka telah berlangsung dengan lancar. Berikut antara kenangan yang sempat dirakamkan oleh Ustaz Zoolhilmi pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment