SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, October 28, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH


Program ini telah diadakan pada 20 Mei 2009 (Rabu), 7.45- 1. 05 tengah hari di SK Ampang Tinggi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Daerah Kuala Pilah. Semua pelajar SK Ampang Tinggi seramai 389 orang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Program ini diadakan bertujuan supaya dapat memberi pendedahan berkaitan dadah kepada pelajar. Selain daripada itu, dapat memberi kesedaran kepada murid agar tahu akan bahaya kepada penyalahgunaan dadah serta menarik minat pelajar untuk menghayati matlamat sambutan minggu anti dadah dengan mengadakan program yang lebih bermanfaat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengisian program seperti Ceramah dan Pameran Berkaitan Dadah, Pertandingan mewarna dan Melukis Poster, Pertandingan Sajak dan Pertandingan Buku skrap. Aktiviti ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan respon daripada pelajar yang terlibat amat menggalakkan.


No comments:

Post a Comment