SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, October 28, 2009

PROGRAM MOTIVASI & KEMAHIRAN TEKNIK MENGINGAT MAXRECALL 2009


Program ini telah dijalankan pada 29 April 2009 (Rabu), 8.00 hingga 2.00 petang di Dewan, SKAT. Semua pelajar Tahun 6 dan murid-murid dari 12 buah sekolah sekitar daerah Kuala Pilah telah terlibat di dalam program ini. Dua penceramah telah telah dijemput bagi menjayakan program ini iaitu En. Nor Kamar (Kaunselor SMK Juasseh) dan Pn. Norhayati (Kaunselor SMK Juasseh).

Bertujuan supaya murid:-
1. Menyediakan pelajar dari aspek rohani, emosi dan intelek bagi persediaan ke arah UPSR pada tahun ini.
2. Memantapkan emosi dan rohani para pelajar dengan menyediakan pakar motivasi yang terlatih untuk meningkatkan keyakinan serta daya juang dan daya saing yang tinggi bagi menghadapi UPSR yang bakal menjelang..
3. Membina persekitaran sosial yang sihat di mana pelajar boleh bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain di dalam meningkatkan kefahaman di dalam pelajaran.
4. Memberi alternatif kepada teknik belajar agar pelajar dapat menggunakan di dalam proses pembelajaran.

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan.:-

No comments:

Post a Comment