STRUKTUR ORGANISASI SK AMPANG TINGGI TAHUN 2015
SK Ampang Tinggi
">
Showing posts with label PROFIL. Show all posts
Showing posts with label PROFIL. Show all posts
Monday, May 18, 2015
Wednesday, October 28, 2009
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI
SEKOLAH YANG SANGAT PERMAI
BERUSAHA MENCAPAI CITA - CITA
DISIPLIN DIUTAMA
ILMU SANGATLAH BERGUNA
PEDOMAN DI HARI MUKA
TUNTUTLAH ILMU SETIAP MASA
DI SEKOLAH TERCINTA
MAJULAH
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI
Labels:
PROFIL
PROFIL SEKOLAH
INFO SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi adalah sekolah Gred A dengan bilangan pelajar seramai 386 orang pelajar. Bilangan guru dan kakitangan adalah seramai 32 orang guru dan kakitangan sokongan seramai 6 orang dan 4 orang pekerja swasta.
Gambar 1: Antara bangunan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi dan Kawasan Padang untuk berbagai aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah.
Terdapat dua belas bilik darjah dan dua Pra Sekolah yang sedang beroperasi sepenuhnya di sekolah ini. Kebanyakan pelajar adalah dari kawasan taman perumahan dan juga kawasan kampung sekitar 3 kilometer jauhnya dari kawasan sekolah. Sekolah ini di terajui oleh seorang Guru Besar dan di bantu oleh 3 orang penolong kanan iaitu Penolong kanan kurikulum. Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong kanan kokurikulum dan sukan.
Terdapat berbagai kemudahan dan infrastruktur telah sedia ada bagi kemudahan guru dan pelajar dan kemudahan peralatan sukan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum dan peralatan tersebut semuanya boleh di gunakan oleh pelajar. PIBG banyak membantu dalam menjayakan program-program yang di anjurkan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar
Terdapat dua belas bilik darjah dan dua Pra Sekolah yang sedang beroperasi sepenuhnya di sekolah ini. Kebanyakan pelajar adalah dari kawasan taman perumahan dan juga kawasan kampung sekitar 3 kilometer jauhnya dari kawasan sekolah. Sekolah ini di terajui oleh seorang Guru Besar dan di bantu oleh 3 orang penolong kanan iaitu Penolong kanan kurikulum. Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong kanan kokurikulum dan sukan.
Terdapat berbagai kemudahan dan infrastruktur telah sedia ada bagi kemudahan guru dan pelajar dan kemudahan peralatan sukan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum dan peralatan tersebut semuanya boleh di gunakan oleh pelajar. PIBG banyak membantu dalam menjayakan program-program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.
Rajah 2 ; Kedudukan Sekolah di dalam peta Negeri Sembilan
Kedudukan Pejabat Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi.
Pejabat Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi di tempatkan di bangunan utama sekolah. Kedudukannya yang strategik dan mudah di cari serta mudah untuk para pelanggan untuk berurusan. Ia di tempatkan di aras satu bangunan utama 4 tingkat yang sesuai dari segi keselamatannya ,berhampiran bilik guru, bilik akses, bilik mesyuarat dan berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ini dapat di lihat berdasarkan pelan bangunan yang di lampirkan .
Labels:
PROFIL
MISI DAN VISI SK AMPANG TINGGI
LENCANA SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
S.K.A.T.
S - SEKOLAH
K - KITA
A - ANTARA
T - TERBILANG
VISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi terus terbilang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
MISI SEKOLAH
Meningkatkan prestasi sekolah dalam akademik dan kokurikulum dengan penguasaan kemahiran 3M seterusnya melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berketrampilan dan berilmu pengetahuan dengan slogan "SEKOLAH KITA ANTARA TERBILANG".

SEJARAH SK AMPANG TINGGI
Mengikut sejarahnya di suatu kawasan berhampiran dengan sekolah ini tanahnya rata dan luas sesuai untuk bertanam padi. Sebatang sungai yang mengalir melaluinya iaitu Hulu Sungai Muar.
Penduduk tempatan telah bergotong royong membina sebuah empangan air untuk mengairi sawah. Empangan ini dibina yang tingginya kira-kira 20 kaki dari paras air sungai. Sempena peristiwa ini penduduk kampung sepakat menamakan kampung ini KAMPUNG AMPANG TINGGI.
Di bahagian atas dataran tebing ini dibina sebuah istana yang berbentuk minangkabau oleh seorang putera raja yang bakal mewarisi takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dihujung kurun ke 18. Bangunan Istana lama ini telah dipindahkan ke Seremban untuk dijadikan Muzium.

Pada tahun 1909, sekolah telah didirikan dalam satu kawasan tanah seluas 5 ekar 16 pol. Bangunannya diperbuat daripada kayu yang berlantaikan simen dan beratapkan rumbia . Pada ketika itu ianya boleh menampung kira-kira 50 orang murid. Sekolah ini dinamakan SEKOLAH MELAYU AMPANG TINGGI dan kini lebih dikenali dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI.

Meniti arus peredaran masa, bangunan baru telah di dirikan pada tahun 1963 dengan 7 buah bilik darjah yang boleh menampung 200 orang pelajar. Pada 5 Mac 1970, Menteri Pelajaran ketika itu YB Dato Hj. Abdul Rahman Yaakob telah merasmikan sekolah ini.
Sekolah ini kekal keadaannya sehingga 1987 di mana atas inisiatif guru besar ketika itu En. Mohd Yusuf Aiyub (1986-1987) telah mendapat bangunan tambahan melalui projek Gotong Royong yang dirikan bersebelahan bangunan sedia ada. Bangunan baru ini (konsep dewan) dijadikan 2 bilik darjah, 1 perpustakaan dan sebuah pentas.
Pada tahun 2002, kerajaan telah membina satu bangunan 4 tingkat di tapak sekolah asal untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah. Ini sejajar dengan kemajuan pesat kawasan persekitaran dengan pertambahan murid sehingga kini 397 orang. Bangunan ini siap sepenuhnya pada Mac 2003.

Bangunan ini menyediakan ruang dan kemudahan bilik-bilik Pusat Sumber, Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Muzik, Pendidkan Seni , Pejabat, Bilik Mesyuarat, Tandas Guru dan Murid, Bilik Kesihatan, Surau dan bilik Wuduk.
Pada tahun 2004 juga telah dibuka kelas Pra Sekolah yang telah menempatkan seramai 25 orang murid. Pada tahun 2005, sebuah lagi kelas Pra Sekolah telah dibuka menjadikan 2 kelas Pra Sekolah.
Labels:
PROFIL
Subscribe to:
Posts (Atom)