SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, October 28, 2009

PROFIL SEKOLAH

INFO SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi adalah sekolah Gred A dengan bilangan pelajar seramai 386 orang pelajar. Bilangan guru dan kakitangan adalah seramai 32 orang guru dan kakitangan sokongan seramai 6 orang dan 4 orang pekerja swasta.


Gambar 1: Antara bangunan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi dan Kawasan Padang untuk  berbagai  aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah.

Terdapat dua belas bilik darjah dan dua Pra Sekolah yang sedang beroperasi sepenuhnya di sekolah ini. Kebanyakan pelajar adalah dari kawasan taman perumahan dan juga kawasan kampung sekitar  3 kilometer jauhnya dari kawasan sekolah. Sekolah ini di terajui oleh seorang Guru Besar dan di bantu oleh 3 orang penolong kanan  iaitu Penolong kanan kurikulum. Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong kanan kokurikulum dan sukan.

Terdapat berbagai kemudahan dan infrastruktur telah sedia ada bagi kemudahan guru dan pelajar dan kemudahan peralatan sukan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum dan peralatan tersebut semuanya boleh di gunakan oleh pelajar. PIBG banyak membantu dalam menjayakan program-program yang di anjurkan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar

Terdapat dua belas bilik darjah dan dua Pra Sekolah yang sedang beroperasi sepenuhnya di sekolah ini. Kebanyakan pelajar adalah dari kawasan taman perumahan dan juga kawasan kampung sekitar  3 kilometer jauhnya dari kawasan sekolah. Sekolah ini di terajui oleh seorang Guru Besar dan di bantu oleh 3 orang penolong kanan  iaitu Penolong kanan kurikulum. Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong kanan kokurikulum dan sukan.

Terdapat berbagai kemudahan dan infrastruktur telah sedia ada bagi kemudahan guru dan pelajar dan kemudahan peralatan sukan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum dan peralatan tersebut semuanya boleh di gunakan oleh pelajar. PIBG banyak membantu dalam menjayakan program-program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.



Rajah 2 ; Kedudukan Sekolah di dalam peta Negeri  Sembilan
Kedudukan Pejabat Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi.

           Pejabat Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi di tempatkan di bangunan utama sekolah. Kedudukannya yang strategik dan mudah di cari serta mudah untuk para pelanggan untuk berurusan. Ia di tempatkan di aras satu bangunan utama 4 tingkat yang sesuai  dari segi keselamatannya ,berhampiran bilik guru, bilik akses, bilik mesyuarat dan berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ini dapat di lihat berdasarkan pelan bangunan yang di lampirkan .


           

No comments:

Post a Comment