SK Ampang Tinggi

">

Wednesday, October 28, 2009

SEJARAH SK AMPANG TINGGI

Mengikut sejarahnya di suatu kawasan berhampiran dengan sekolah ini tanahnya rata dan luas sesuai untuk bertanam padi. Sebatang sungai yang mengalir melaluinya iaitu Hulu Sungai Muar.

Penduduk tempatan telah bergotong royong membina sebuah empangan air untuk mengairi sawah. Empangan ini dibina yang tingginya kira-kira 20 kaki dari paras air sungai. Sempena peristiwa ini penduduk kampung sepakat menamakan kampung ini KAMPUNG AMPANG TINGGI.

Di bahagian atas dataran tebing ini dibina sebuah istana yang berbentuk minangkabau oleh seorang putera raja yang bakal mewarisi takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dihujung kurun ke 18. Bangunan Istana lama ini telah dipindahkan ke Seremban untuk dijadikan Muzium.


Pada tahun 1909, sekolah telah didirikan dalam satu kawasan tanah seluas 5 ekar 16 pol. Bangunannya diperbuat daripada kayu yang berlantaikan simen dan beratapkan rumbia . Pada ketika itu ianya boleh menampung kira-kira 50 orang murid. Sekolah ini dinamakan SEKOLAH MELAYU AMPANG TINGGI dan kini lebih dikenali dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI.




Meniti arus peredaran masa, bangunan baru telah di dirikan pada tahun 1963 dengan 7 buah bilik darjah yang boleh menampung 200 orang pelajar. Pada 5 Mac 1970, Menteri Pelajaran ketika itu YB Dato Hj. Abdul Rahman Yaakob telah merasmikan sekolah ini.

Sekolah ini kekal keadaannya sehingga 1987 di mana atas inisiatif guru besar ketika itu En. Mohd Yusuf Aiyub (1986-1987) telah mendapat bangunan tambahan melalui projek Gotong Royong yang dirikan bersebelahan bangunan sedia ada. Bangunan baru ini (konsep dewan) dijadikan 2 bilik darjah, 1 perpustakaan dan sebuah pentas.

Pada tahun 2002, kerajaan telah membina satu bangunan 4 tingkat di tapak sekolah asal untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah. Ini sejajar dengan kemajuan pesat kawasan persekitaran dengan pertambahan murid sehingga kini 397 orang. Bangunan ini siap sepenuhnya pada Mac 2003.




Bangunan ini menyediakan ruang dan kemudahan bilik-bilik Pusat Sumber, Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Muzik, Pendidkan Seni , Pejabat, Bilik Mesyuarat, Tandas Guru dan Murid, Bilik Kesihatan, Surau dan bilik Wuduk.

Pada tahun 2004 juga telah dibuka kelas Pra Sekolah yang telah menempatkan seramai 25 orang murid. Pada tahun 2005, sebuah lagi kelas Pra Sekolah telah dibuka menjadikan 2 kelas Pra Sekolah.





No comments:

Post a Comment